Friday, May 09, 2008

Sad news from Hospital Putrajaya

Tali pusat tercabut Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hayati Ibrahimam@hmetro.com.my

PUCHONG: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia empat hari terpaksa menanggung penderitaan apabila tali pusatnya tertanggal ketika dalam rawatan di Hospital Putrajaya, Isnin lalu.Tali pusat bayi malang yang dilahirkan awal pagi Ahad lalu dikatakan tertanggal ketika berada dalam jagaan pihak hospital selepas diasingkan daripada ibunya.Berikutan itu, pusat bayi berkenaan bernanah dipercayai kesan daripada tali pusatnya yang tertanggal.Selepas dilahirkan, bayi lelaki seberat 3.65 kilogram diasingkan daripada ibunya kerana jantungnya lemah dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mohd Syazwan Mohd Jailani, 23, berkata isterinya, Shaheera Saad, 21, dimasukkan ke hospital berkenaan untu bersalin, Sabtu lalu.
“Isteri terpaksa menjalani pembedahan kerana gagal melahirkan anak secara normal dan proses kelahiran itu berjalan lancar.“Ketika mengambil anak untuk melaungkan azan, saya mendapati dia dalam keadaan normal termasuk tali pusatnya masih di perut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong Indah, di sini, semalam.Menurutnya, dia menyedari tali pusat anaknya tertanggal sehari selepas dilahirkan ketika hendak menukar lampin.Mohd Syazwan berkata, kejadian itu disedari selepas dia melihat ada kesan balutan pada bahagian pusat anak sulungnya itu lalu bertanyakan kakitangan hospital yang bertugas.“Mereka bagaimanapun gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai balutan pada pusat anak saya itu,” katanya.Berikutan itu, katanya bahagian pusat bayinya bernanah menyebabkannya sering menangis kesakitan.Menurutnya, dia bimbang kesan jangka panjang yang akan dihadapi anak sulungnya itu.“Malah, pernah anak sepupu saya meninggal dunia kerana tali pusat tertanggal ketika baru beberapa hari dilahirkan,” katanya.Mohd Syazwan berkata, dia sekeluarga mahu pihak hospital berkenaan bertanggungjawab atas segala kejadian yang menyebabkan anaknya kini menderita.Beliau berkata, berikutan itu, dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Bukit Puchong, kelmarin.Mohd Syazwan berkata, dia sekeluarga bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya kejadian itu disebabkan kecuaian pihak hospital.Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan yang dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sedang mengumpul maklumat serta menyiasat kejadian yang menimpa bayi berkenaan.


I hope the family will be strong enough..and take neccessary action..

Call me freak out...I don't care..but as a mother and a patient who will be using their service, I'm a little bit worry..my first labour and delivery experience at this hospital last year were perfect...I just pray that this time around Allah will give me courage and strength and hopefully it will be a smooth and safe experience...

5 comments:

simah said...

Al fatihah... to lose the first born... tak dpat saya bayangkan kepahitn diaorang...

insyaAllah u will be fine sue... our prayers always...

happy mother's day :0)

U.Lee said...

Hi Sue, my Bahasa being 1953, I better not comment on your posting as might sound like a marriage proposal, ha ha. Just kidding. Happy mothers day to you.
I love the beautiful b/w pics below of the fan palm. Really well taken and beautiful
Good photos and fantastaic shadows and light. You should enter the pics in a photo competition Sue.
You stay easy and have a nice day, best regards, Lee.

sue said...

simah..
kesiankan..a child is gift fro God..tapi bila jadi benda mcm tu,..memang frust sgt..especially the mother..

u.lee,
thanx for the wish..ohh..u make me blush :-)
u have a nice day too u.lee

Anonymous said...

hi sue,

aper khabar anak awak skarang? dan aper result laporan awak? saya pun baru melahirkan anak saya kat hospital putrajaya pada 2 july 08.(kelahiran anak saya tak cukup bulan cuma 36 minggu sahaja). 2 ari lepas operation, hospital benarkan saya dan baby keluar hospital. doktor mengesahkan anak saya normal dan sihat, tetapi pada 5 july pukul 9pm anak saya telah disahkan meninggal. pihak hospital mengesahkan yg anak saya mengidap demam kuning, tetapi dlm kad laporan baby, dia takder demam kuning.
saya suspect baby saya meninggal bukan sebab demam kuning tetapi disebabkan tidak dapat bernafas dgn normal.(badan baby kebiruan) ada kemungkinan baby sukar untuk bernafas sbb baby sgt kecik (2.1 kg)(lahir tak cukup bulan). semasa di hospital doktor dan nurse bg treatment yg sama mcm baby normal.
pada pendapat saya, semua hospital di malaysia harus ada standard process and procedure yg sama untuk semua pesakit dan baby. saya rasa, hospital putrajaya takder standard process and procedure yg betul sbb tu banyak kes dilaporkan
di hospital putrajaya.

zue...

sue said...

salam zue,
i'm so sorry for ur lost, insyallah ada rezeki lagi, don't worry

saya bersalin on the 30th june, dah 2 bulan lebih..delivery ok tp ada juga part yg i tak puas hati..

betul mcm u ckp, kena ada standard procedure

u take care ok