Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Friday, May 09, 2008

Sad news from Hospital Putrajaya

Tali pusat tercabut Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hayati Ibrahimam@hmetro.com.my

PUCHONG: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia empat hari terpaksa menanggung penderitaan apabila tali pusatnya tertanggal ketika dalam rawatan di Hospital Putrajaya, Isnin lalu.Tali pusat bayi malang yang dilahirkan awal pagi Ahad lalu dikatakan tertanggal ketika berada dalam jagaan pihak hospital selepas diasingkan daripada ibunya.Berikutan itu, pusat bayi berkenaan bernanah dipercayai kesan daripada tali pusatnya yang tertanggal.Selepas dilahirkan, bayi lelaki seberat 3.65 kilogram diasingkan daripada ibunya kerana jantungnya lemah dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mohd Syazwan Mohd Jailani, 23, berkata isterinya, Shaheera Saad, 21, dimasukkan ke hospital berkenaan untu bersalin, Sabtu lalu.
“Isteri terpaksa menjalani pembedahan kerana gagal melahirkan anak secara normal dan proses kelahiran itu berjalan lancar.“Ketika mengambil anak untuk melaungkan azan, saya mendapati dia dalam keadaan normal termasuk tali pusatnya masih di perut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong Indah, di sini, semalam.Menurutnya, dia menyedari tali pusat anaknya tertanggal sehari selepas dilahirkan ketika hendak menukar lampin.Mohd Syazwan berkata, kejadian itu disedari selepas dia melihat ada kesan balutan pada bahagian pusat anak sulungnya itu lalu bertanyakan kakitangan hospital yang bertugas.“Mereka bagaimanapun gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai balutan pada pusat anak saya itu,” katanya.Berikutan itu, katanya bahagian pusat bayinya bernanah menyebabkannya sering menangis kesakitan.Menurutnya, dia bimbang kesan jangka panjang yang akan dihadapi anak sulungnya itu.“Malah, pernah anak sepupu saya meninggal dunia kerana tali pusat tertanggal ketika baru beberapa hari dilahirkan,” katanya.Mohd Syazwan berkata, dia sekeluarga mahu pihak hospital berkenaan bertanggungjawab atas segala kejadian yang menyebabkan anaknya kini menderita.Beliau berkata, berikutan itu, dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Bukit Puchong, kelmarin.Mohd Syazwan berkata, dia sekeluarga bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya kejadian itu disebabkan kecuaian pihak hospital.Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan yang dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sedang mengumpul maklumat serta menyiasat kejadian yang menimpa bayi berkenaan.


I hope the family will be strong enough..and take neccessary action..

Call me freak out...I don't care..but as a mother and a patient who will be using their service, I'm a little bit worry..my first labour and delivery experience at this hospital last year were perfect...I just pray that this time around Allah will give me courage and strength and hopefully it will be a smooth and safe experience...