Showing posts with label hampeh. Show all posts
Showing posts with label hampeh. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk


Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk
Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.



Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad.

Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.
-------&*&&(889---------!@@@#@$#$#$-------------#@$#%$^%^

Apalah bangang punya idea!!!....dalam banyak2 orang SRK juga yg dapat perhatian, hampeh betul la,...don't they have a better reason. Malacca is unique in its own way and well known 100 years before SRK and Ali Rustam was born, so what T H nak bagi anugerah kat dia..awat tak dak orang lain ka yang patut dapat..macam veteran perang yg bermandi peluh jaga kedaulatan negara (ke? (SRK mandi peluh juga di set)....ni la Malaysia Boleh!!

sila baca statement ni:

'Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.'

Perkembangan pesat filem Hindustan, bukan filem Malaysia!!

Dah la banyak kes kena tipu nak beli title Datuk ni, bila nak anugerah pulak, anugerahkan kepada orang yang tak layak, sebenarnya apa kriteria penganugerahan ni? Sepatutnya individu yang bakal menerimanya perlu yang ada membuat sumbangan dlm bidang2 yang membantu ekonomi, agama, politik,kesihatan,pendidikan dan budaya. Filem memang boleh membantu menaikkan industri pelancongan dan meletakkan nama negara dalam peta pelancongan, tetapi berapa minit sangatkah Malaysia dipaparkan dalam filem Bollywood? are they potraying positive image of Malaysia or just one second shot, sampai orang tak perasan pun locationnya kat sini. And why SRK...Man!! artis Malaysia dah ketandusan? U-Wei juga bagus, filem yang bukan komersil atau lawak bodoh.

Pening makan banyak ketupat dan lemang kot...tak faham betul