Puteri menangis menunggu bulan
Bulan tidak bersinar indah
Hati yang rajuk kerana tuan
Inilah akibat tidak diendah
Menunggu sang puteri ditepi kali
Sambil menyusun sibunga melati
Apa difikir berkali-kali
Mungkin nasib diduga Ilahi
Bunga melati cantik berseri
Disemat puteri ditepi sanggul
Makanlah hati berhari-hari
Memang begitu orang yang sugul
Sanggul disimpul berhati-hati
Sambil mengunyah daun sirih
Apa disimpan di dalam hati
Tiada guna hati bersedih
-----
Daun sirih memanjat tinggi
Dipetik disusun bersama pinang
Doa dan hajat didengar Ilahi
Berputik semula hati yang tenang
Hati siputeri umpama tasik
Tiada ombak mengganggu tebing
Walaupun tenang tidak terusik
Sekali berombak hancurlah tebing
Ombak yang datang berlalu sudah
Ikan ditasik kembali berenang
Tidak dipinta tidak ditegah
Apa yang lepas usah dikenang
Ikan ditasik berwarna-warni
Mencari makan dicelah batu
Putera puteri berbisik harmoni
Hati yang retak kembali bersatu
Nota:
Hak cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment